Terms

Patuhi Terma dan Syarat

1. Pengunjung mestilah beragama Islam dan muhrim (dilarang sama sekali pasangan yang bukan mahram). Azzamhomestay berhak membatalkan tempahan tanpa memulangkan deposit. HANYA SATU-SATUNYA HOMESTAY KHUSUS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA DI PADANG BESAR.

2. Membuat tempahan beserta deposit sebanyak RM100 sahaja. Tidak dikembalikan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan. Oleh yang demikian, Azzam Homestay berharap pelanggan membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat tempahan.

3. Pelanggan perlu memastikan segala keperluan, peralatan dan kemudahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan baik semasa meninggalkan Azzam Homestay. Gantirugi akan dikenakan sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan atas budibicara Azzamhomestay

4. Maksima hanya 12 orang (dewasa + kanak-kanak) sahaja dibenarkan menginap.Charge tambahan RM15 seorang/malam akan dikenakan jika melebihi bilangan yang dibenarkan.

5.Azzamhomestaytidak bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berlaku diluar kawalan seperti
ketiadaan air atau elektrik semasa atau selepas anda bersetuju menginap di Azzam Homestay. Walau bagaimanapun atas budi bicara dan ihsan, sebanyak RM50  daripada wang tempahan akan dipulangkan sekiranya berlaku kes di luarjangkaan ini.

6. Azzamhomestay akan memulangkan keseluruhan wang tempahan jika pada tarikh check-in tiada bekalan elektrik atau bekalan air dan Azzamhomestay tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mencari homestay lain sebagai gantian.

7. Sila patuhi urusan keluar-masuk, di mana check-in 2.00 pm dan check-out 12.00pm untuk mengelak sebarang kesulitan. Charge tambahan akan dikenakan sebanyak RM20/jam bagi check-in awal  dan check-out yang lewat dari masa yang ditetapkan.

8. Tidak dibenarkan sama sekali mengubah kedudukan perabot.

9. Astro Pakej NJOI sahaja. Sebarang langganan pakej berbayar adalah tanggungjawab pelanggan. Azzamhomestay berhak menuntut gantirugi jika berlaku penyelewengan.

10. Terdapat juga pelanggan yang tidak dapat menghabiskan baki tempahan sebagai contoh pelangan menempah untuk  3 hari 2 malam tetapi hanya sempat menginap 2 hari 1 malam sahaja. Maka kes seperti ini, pengurusan Azzamhomestay hanya akan memulangkan sebahagian (50%)  sahaja wang dari baki hari yang tinggal..

11. TIDAK digalakkan MEMASAK untuk keselamatan diri,  keluarga dan hartabenda anda dan Azzamhomestay.

12. TIDAK DIBENARKAN sama sekali MEROKOK didalam rumah.

13. Pengunjung hendaklah sentiasa menjaga keselamatan harta benda sendiri dan pihak Azzamhomestay TIDAK BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang kehilangan harta benda pengunjung

14. Pengunjung diharapkan sentiasa menjaga keharmonian hidup berjiran dan sentiasa menjaga kebersihan Azzam Homestay sebelum meninggalkannya
15.  Tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan.

TERIMA KASIH
Harap maklum.

Harap pengunjung dapat membaca terma dan syarat sebelum membuat tempahan untuk mengelak sebarang masalah.

Terimakasih.

Pengurusan
AZZAM HOMESTAY PADANG BESAR PERLIS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Azzamhomestay "Luas, Selesa, Berbaloi."

Pengikut

Azzam Homestay

Taman Ular Perlis

Taman Ular Perlis
dipenuhi dengan pelbagai spesis ular dan reptilia yang lain

Tempat-tempat menarik di Perlis

Berkunjunglah ke Perlis untuk merasai hidup yang aman dan tenteram. Pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati.

Tasik Melati

Tasik Melati
Taman Rekreasi dan riadah

Wang Kelian

Wang Kelian
Pusat membeli belah di pekan kecil

Padang Besar

Padang Besar
Permandangan di pusat membeli belah di pekan Padang Besar

Taman Herba Perlis

Taman Herba Perlis
terletak di Sg Batu Pahat Perlis dengan persekitaran yang nyaman dirimbuni dengan pelbagai spesis herba.

Ladang Tebu Chuping Perlis

Ladang Tebu Chuping Perlis
Ladang terbesar di Malaysia dengan panorama yang menakjubkan

Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh
empangan utama yg membekalkan air kepada penduduk perlis dan menjadi tempat utama kaki pancing ikan air tawar

Gua Kelam

Gua Kelam
antara gua tertua di malaysia